Birthday Che Ta Sambut berkali kali Tapi Birthday Mentua Tak Pernah Nampak Gambar Bersama Lagi

Menyambut hari ulang tahun kelahiran pada 9 Mac yang lalu, pelakon dan juga usahawan terkenal, Rozita Che Wan telah mengadakan dua majlis sambutan hari jadi diriya setakat ini. Walaupun menjangkau usia 46 tahun, penampilan Che Ta kekal cantik dan menawan seperti anak dara.

Berapa kali sambut tuu? Sambutan hari lahir yang begitu gah dan mewah di hotel dan juga pusat tahfiz sebelum ini telah menarik perhatian para n3tizen untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari jadi tersebut.

Namun begitu, menerusi satu entri daripada portal hiburan, terdapat satu komen telah ditinggalkan oleh n3tizen yang membandingkan sambutan hari jadi Che Ta dengan sambutan hari lahir ibu kepada Zain yang sangat ketara.

Sambut biasa2 je…

Menerusi muat naik di Instagram kakak kepada Zain iaitu pelakon terkenal Sasha Saidin, ibu mereka telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-73 pada 3 Mac yang lepas. Sambutan hari lahirnya dilakukan sekadar di rumah dan dihadiri oleh anaknya dan cucunya sahaja.

Disebabkan itu, ada netizen telah membandingkan majlis tersebut dengan majlis hari lahir Che Ta yang sangat meriah dan mewah. Ketiadaan Zain dan Che ta di majlis hari lahir ibunya juga mengundang tanda tanya n3tizen.

Macam tak pernah nampak gambar bersama je…

Rata-rata n3tizen telah meninggalkan pelbagai maklum balas berkaitan perkara tersebut. Ada juga yang mempersoalkan mengapa keluarga Che Ta jarang bergambar bersama mentuanya itu. Apa-apa pun diharap tiada perkara serius yang boleh mengganggu kelancaran hubungan mereka.

Sumber : Instagram Sasha Saidin via omm

Jom tinjau majlis birthday Che Ta Dengan Anak Tahfiz. Sambut Hari Lahir Ke-43, Rozita Che Wan Rai Bersama Anak Tahfiz. Pelakon Rozita Che Wan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43 (9 Mac) baru-baru ini.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, berkongsi beberapa foto menarik sekitar sambutan majlis hari lahirnya bersama anak-anak tahfiz menerusi ruangan Instagram (IG).

“Ya Allah, panjangkan umur kami, sehatkan jasad kami, terangi hati kami, tetapkan iman kami, baikkan amalan kami, luaskan rezeki kami, dekatkan kami pada kebaikan dan jauhkan kami dari keburukan, kabulkan semua kebutuhan kami dalam urusan agama, dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Engkau (Allah) Maha Kuasa atas segala sesuatu. Amin,” tulis Che Ta sebagai kapsyen. Diadakan di Maahad Tahfiz As-Salihin, Che Ta dan suami, Zain Saidin serta anaknya sedondon manis memakai baju bertema hijau.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi ucapan terhadap Che Ta serta mendoakan kesejahteraan buatnya. Berikut adalah foto-foto menarik yang disediakan. Sumber gempak


Kredit: Coklat putih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*