Bila Pencurii Salah Curii Dan Silap Langkah

Video Penuh Berada Di Bawah

“Pasang CCTV, sekali CCTV kau kebas. Pandai pulak jalan mengundur dan tutup muka setelah kau sedar kau dirakam.”

“Dengan duit anak-anak saya dalam tabung pun kau rembat.”

“Nasib baik ada cloud recording. So kita tularkan dulu muka encik agar menjadi tauladan kepada yang lain.”

Ini apa yang terjadi kepada saudara Hafiz Azwany Taher apabila rumahnya dipecah masuk. Barang barang dicuri tetapi disaat pencuri itu hendak beredar dia perasaan ada CCTV sedang merakamkan segala perbuatan.

Pencuri fikir jika dia ambil CCTV tersebut, wajah dia tidak akan dapat dirakam tetapi sangkaan pencuri ini meleset apabila pemilik CCTV ini sebenarnya telah tetapkan setiap rakaman akan dimuat naik ke cloud server (simpanan luar).

Berdasarkan rakaman video berdurasi 30 saat yang tersebar di media sosial, lelaki itu dilihat berjalan secara mengundur ke arah kamera CCTV selepas sedar perbuatannya dirakam, sebelum menutup mukanya dengan kain dan bertindak mencuri kamera tersebut.

Difahamkan antara barang lain yang dicuri oleh lelaki tersebut ialah duit anak-anak yang disimpan di dalam tabung.

Rakaman video yang tersimpan di “cloud” didedahkan dan dikongsi oleh Hafiz Azwany Taher menerusi akaun Facebook miliknya kelmarin (9 Febuari 2019).

“Pasang CCTV, sekali CCTV kau kebas. Pandai pula jalan mengundur dan tutup muka setelah kau sedar kau dirakam.

Dengan duit anak-anak saya dalam tabung pun kau rembat.

Nasib baik ada cloud recording. So kita tularkan dulu muka encik akan menjadi tauladan kepada yang lain.” tulisnya Hafiz Azwany.

Difahamkan juga, laporan polis telah dibuat dan segala bukti juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjejaki suspek terbabit.

Update Terkini : Barang Tersebut Telah Dipulangkan Tetapi Dimarahi Ibu Suspek Pula

Walaupun telah 3 hari berlalu, namun setiap kali saya tonton kembali video ini, secara otomotik badan saya menggigil kemarahan semula.

Yang paling geram, famili saspek pulak marah mak kerana saya buat report polis dan tularkan video anaknya. Dengan alasan, hari tu dah pulangkan semula kamera CCTV tu (yang telah dicabut memory cardnya) dan beberapa barang kemas lama mak yang tak berjaya dijual.

Kiranya dah pulang tu, dah kira setel tepi dan lalui saja hari-hari seperti biasa seolah tiada apa yang berlaku. Move on la kata orang putih. Nanti senang nak pecah masuk lagi ye dak.

Kemaskini terkini daripada pihak polis, saspek masih ada dalam daerah Mersing dan usaha pemburuan sedang giat dijalankan.

Sama-sama kita doakan agar musibat ini segera tertangkap.

CCTV APA YANG DIA PAKAI?

Ramai yang tanya saya cctv kamera apa yang saya guna sehingga tertangkapnya rakaman dan imej penjenayah yang memecah masuk rumah kami pada dua malam yang lepas.

Maka saya kongsi semula post ini. Namun suka untuk saya tegaskan, ini BUKAN iklan mahupun promosi produk. Sekadar perkongsian langkah pencegahan untuk mengelak apa yang telah berlaku kepada keluarga kami daripada terjadi kepada orang lain.

Sampaikan pegawai polis yang terima laporan kami semalam pun kagum pasal jarang orang kampung pasang cctv di rumah. Dengan imej penjenayah yang jelas, suka mereka kerana memudahkan pasukan polis nak buat tangkapan.

Ye lah, orang ingat benda alah ni mahal. Ribu-ribu dan hanya orang kaya je yang boleh pakai. Padahal sesiapa saja boleh gunakan dan tak sampai RM200 pun kosnya.

Sebagai alternatif, tuan puan juga boleh dapatkan kamera cctv comel ini di Shopee, Lazada dan lain-lain. Di facebook ni pun banyak seller yang jual model yang lebih kurang sama.

Ingat tuan puan. Kita boleh menuduh dan mengesyaki sesiapa jika sesuatu jenayah berlaku. Tapi tanpa bukti visual semasa laporan dibuat, mungkin laporan kita agak sukar untuk diselesaikan pihak berkuasa.

Di bawah ini rakaman CCTV berkenaan:

Sumber : Hafiz Azwany Taher

Kredit: KL Viral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*