Che Ta Bengang Kah Hetty Sarlene Tiru Rekaan Baju

Siapa tidak kenal Che Ta yang lantang bersuara apabila ada yang tidak kena pada pendapatnya dan baru-baru ini, pelakon wanita ini dilihat memuatnaik gambar busana yang digayakan oleh Hetty Sarlene. Dakwanya, rekaan busana tersebut adalah hasil ciplak.

Cerita mudahnya, rekaan busana tersebut sedikit sebanyak dilihat sama seperti rekaan baju yang yang dikeluarkan oleh Rizman Ruzaini pada Julai lalu. Menambah rencah lagi, rekaan busana tersebut didakwa oleh individu melalui nama Seeri Fiffy adalah diinspirasikan daripada burung merak – sekaligus membuatkan Che Ta bengang.

“Kemegahan ya? Kemegahan dalam meniru!!!,” kongsi Che Ta di laman Insta Stories. Bagaimanapun kesudahan kisah ini tidaklah diketahui.

Sebelum ini Che Ta memang berani bersuara menentang apa yang tidak kena pada matanya. Masihkah anda ingat lagi Che Ta pernah menegur pengkritik fesyen, siap tag lagi di Instagram gara-gara pengkritik tersebut mempersendakan golongan berbadan besar.

 

Aaisyah Sembuh Demam, Che Ta Bawa Bercuti Ke Jepun

Ramai sedia maklum tentang keadaan yang menimpa anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu kepada jangkitan kuman dan demam.

Pelakon yang mesra dengan panggilan Che Ta itu memaklumkan yang anaknya itu semakin sembuh dan boleh keluar dari hospital tidak lama lagi.

“Dia terkena jangkitan itu mungkin sewaktu di sekolah, memandangkan dalam waktu sama ada beberapa pelajar turut deman dan tidak sihat. Faktor cuaca juga menjadi penyebab, sebab kebelakangan ini hujan dan sejuk, jadi budak-budak mungkin tidak tahan dan mengakibatkan mereka mudah dijangkiti virus,” ujarnya.

Che Ta juga menambah yang rancangan untuk menyambut ulangtahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana pada 1 November ini sudah berubah. Beliau mahu membawa satu keluarga untuk bercuti ke Jepun.

“Disebabkan Aaisyah baru saja sihat jadi kami merancang untuk mengadakan sambutan hari lahir secara kecil-kecilan saja. Kami sekeluarga akan bercuti ke Jepun pada tarikh itu dan menyambut ulang tahun hari lahir Aaisyah di sana,” katanya. (rtyk/m)

Aktress itu turut memuat naik fotonya bersama keluarga yang kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun.


Rata-rata pengikut IGnya juga turut bersetuju dengan pendapat Che Ta.

 

Kredit: gengjoyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*