Bape rt untuk kau ceraiikan wawa zainal

Bila dah jadi artis ni banyak benda nak kena sabar terutamanya waktu melayan kerenah peminat dan haters kat media sosial. Aeril Zafrel adalah antara contoh artis yang aktif berinteraksi dengan peminat kat Instagram mahupun Twitter.

Tapi kemesraan Aeril tu diambil mudah oleh sesetengah individu yang bertindak menanyakan soalan melampau pulak kepada suami Wawa Zainal ni.

Menggunakan nama dan gambar profile hantu, pemilik akaun Twitter tersebut provoke Aeril dengan bertanya berapa retweet yang dia perlukan untuk ceraikan isterinya Wawa Zainal. Soalan jenis apa ni?!

Tweet keterlaluan berkenaan kemudiannya dibalas oleh Aeril:

Sumber: Twitter

Disebabkan soalan tak sensitif tentang cer4i tu ditanya kepada Aeril, ramai pengguna Twitter lain yang beng4ng dengan pemilik akaun tersebut. Semuanya mengeji dan mengutuk individu tersebut yang didakwa batak retweet.

Dorang rasa macam pemilik akaun Twitter tu sangat rude dan tak matang sebab request benda yang tak patut dan boleh kira satu isu sensitif. Kenapa la manusia macam ni wujud…

Sumber: Twitter

Ada juga yang mengkritik individu tersebut sebab macam tak berfikir panjang dan semua benda nak dibawa bergurau. Gurau pun ada batasnya. Kalau dah lebih, boleh bawa mudarat tau.

Netizen juga menganggap individu tersebut mungkin hanya seorang attention seeker yang nakkan perhatian lebih daripada Aeril. Mungkin dia peminat tegar Aeril yang nak attention tapi guna cara yang salah kot… Atau pun dia batak nak artis reply tweet dia….

Sumber: Twitter

Tidak semua benda boleh dibawa bergurau tau. Kalau nak perhatian pun, jangan sentuh pasal isu-isu yang sensitif dan boleh mengundang tohmahan orang ramai. Fikir dulu sebelum muat naik apa-apa kat laman sosial.

Sumber : Lobakmerah via Mediaohsem

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*