Banyak salah laku berkaitan 1MDB, Gabenor baru Bank Negara bakal dipecat Jawatan?

Sejak tumbangnya kerajaan BN dalam PRU 14, kita dapat lihat satu demi satu pembongkaran yang selama ini dilakukan oleh kerajaan BN. Isu terbesar berkenaan 1MDB telah meninggalkan parut yang sangat dalam dan sindiran masyarakat dunia. Keborosan dan ketirisan pula dilakukan oleh Rosmah Mansor didedahkan satu per satu.

Tindakan kerajaan PH telah menamatkan kontrak kepada kakitangan kerajaan lantikan politik BN menyebabkan ia menjadi modal pembangkang untuk terus menyerang berterusan demi menghasut rakyat. Paling mengejutkan, lantikan Najib kepada pepimpin tertinggi badan-badan GLC dan kerajaan juga dilondehkan satu demi satu.

Pegawai lantikan Najib yang dilantik diatas kepentingan peribadi ditamatkan perkhidmatan manakala yang mempunyai kaitan 1MDB akan terus disiasat sehingga mereka di sumbat dalam tirai besi.

Justeru itu menerusi page PAKATAN HARAPAN SUPPORTERS mendedahkan kemungkinan besar Gabenor Bank Negara yang baru akan dipecat kerana mempunyai kaitan dengan 1MDB berikut print screeen yang kami kongsikan

sejauh manakah kebenaran yang dibongkarkan dari page tersebut tidak dapat dipastikan. Hanya Tun Mahathir sahaja yang mengetahui berkenaan sabitan kes yang didedahkan.

berikut sedikit Biodata tentang Gabenor Bank Negara yang di lantik Najib

Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Muhammad bin Ibrahim merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8 dan terkini. Beliau menggantikan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 2016. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Mei 2016

Muhammad Ibrahim merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dari John F. Kennedy School of Government, Harvard University pada 1993. Beliau juga telah menjalani Program Pentadbiran Lanjutan di Harvard Bussiness School, Harvard University pada 2010. Beliau juga memproleh Diploma Pascasiswazah dalam Perbankan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dari Universiti Malaya.

Muhammad Ibrahim menyertai Bank Negara Malaysia pada 1984 dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Gabenor BNM pada Jun 2010. Beliau juga merupaka Jawatankuasa dalam Penstabilan Kewangan dan Polisi Monetari.

Semasa khidmat beliau dalam BNM, beliau juga memegang beberapa jawatan dalam badan kerajaan dan syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 2010 dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2012. Sewaktu Krisis Kewangan Asia 1997, beliau merupakan Pengarah Urusan Danamodal Nasional Berhad, sebuah agensi bertujan unutk permodalan semula.

Semasa pencalonan untuk menggantikan tempat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara yang ke-8. Terdapat beberapa kontroversi. Hal ini kerana terdapat campur tangan oleh kerajaan dengan memberi beberapa calon yang dianggap tidak sesuai oleh Lembaga Pengarah BNM dan Zeti sendiri. Zeti mencalonkan timbalan beliau, Muhammad Ibrahim sebagai pengganti beliau.

Zeti mencalonkan timbalan beliau, Muhammad Ibrahim sebagai pengganti beliau. Tetapi ada juga calon lain yang diberi oleh pihak kerajaan seperti Mohd Irwan Serigar Abdullah, Abdul Wahid Omar dan Awang Adek Hussin. Bagi Zeti, Muhammad Ibrahim merupakan calon yang terbaik. Pada 28 April 2016, keputusan muktamad telah dikeluarkan, Muhammad Ibrahim akan dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8 menggantikan tempat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkuatkuasa 1 mei 2016 melalui sebuah kenyataan di Pejabat Perdana Menteri.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*