Askar Tentera Laut Ini Terserempak Satu Makhluk Aneh Di Laut Tetapi Saat Mereka Datang Dekat Semua Terkejut

Askar Tentera Laut Ini Terserempak Satu Makhluk Aneh Di Laut Tetapi Di Saat Mereka Datang Dekat Semua Terkejut Rupa Rupanya

Seekor gajah ditemui sedang terapung di tengah laut. Haiwan besar itu dipercayai berenang sejauh 16 km dari pantai Sri Lanka.

Kejadian Aneh Tapi Benar, Itulah Apa Yang Dijumpai Oleh Sepasukan Tentera Laut Ini. Makhluk itu dilihat oleh kapal peronda tentera laut, sedang terapung dengan kepala tenggelam dan sepertinya sedang berusaha mengangkat belalainya ke atas air agar dapat menghirup oksigen.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sri Lanka juga dihantar untuk membantu menangani gajah tersebut. Mereka bekerjasama dengan Angkatan Laut untuk misi menyelamat yang tidak seperti biasa. Tentera Laut melancarkan operasi menyelamat selama 12 jam untuk menyelamatkan gajah itu.

Salah seorang anggota angkatan laut naik ke belakang gajah dan mengikat tubuh mamalia tersebut dengan tali sebelum menariknya perlahan-lahan ke perairan cetek berhampiran pantai.

Jurucakap, Chaminda Walakuluge berkata, tentera laut menjalankan operasi menyelamat selama 12 jam selepas gajah tersebut mengalami kesukaran untuk bertahan selepas hanyut di sekitar 8km dari pantai timur laut pulau itu.

Walakuluge berkata, haiwan itu mungkin hanyut ke laut semasa menyeberangi lagun Kokkilai yang terletak di antara dua kawasan hutan.

“Mereka biasanya menyeberangi perairan cetek atau bahkan berenang untuk mengambil jalan pintas,” katanya.

Seorang pegawai penyelidik dari kumpulan pemuliharaan A Rocha, Avinash Krishnan, berkata kepada The Guardian bahawa gajah sebenarnya adalah perenang handal dan ia bukanlah sesuatu yang tidak biasa berenang untuk sampai ke daratan yang berbeza.

“Mereka perenang yang sangat baik. Berenang kira-kira 15 km dari pantai bukanlah tidak biasa bagi seekor gajah,” katanya.

Walaupun mereka boleh berenang apabila perlu, Krishnan berkata mereka sangat cepat letih kerana berenang membakar banyak tenaga mereka, jadi gajah ini bernasib baik kerana ia dijumpai kerana ia mungkin sudah keluar dari laut untuk masa yang agak lama.

Jom lihat video penuh di bawah:

Kredit : KL Viral via Kucinghitamm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*