Ani Mayuni Luah Rasa Sedih dan terkilan apabila melihat Badan Anaknya Penuh Kesan Lebam

“SAYA tidak boleh tidur malam apabila mengenangkan keadaan anak yang ditutup mulut dengan kain dan ditampar serta disepak berulang kali oleh beberapa pelajar senior.

“Andai sesuatu buruk terjadi kepadanya pada malam kejadian, saya tidak akan maafkan mereka,” kata penyanyi Ani Maiyuni mengenai insiden yang menimpa anak sulungnya, Wirda Viviana Zairi, 14, di asrama sebuah sekolah di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.

Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 41, ketika dihubungi tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan semula keadaan anak perempuannya yang didera sekumpulan pelajar gara-gara enggan menceritakan kisah peribadi selepas bertemu ibu bapa saudaranya di sekolah berkenaan.

Katanya, pada 3 Mac lalu dia dibenarkan membawa anak keluar dari asrama dan ke dobi bersama, namun anaknya seakan menyembunyikan sesuatu daripadanya apabila banyak mendiamkan diri.

Ani Mayuni Luah Rasa Sedih dan terkilan apabila melihat Badan Anaknya Penuh Kesan Lebam…
ANTARA kesan kecederaan dialami Wirda dan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Setapak. FOTO Ihsan Ani Mayuni.

“Selepas beberapa kali memujuk berkongsi masalah yang dihadapi, barulah dia buka mulut. Dia memberitahu ada lapan pelajar senior mahu mengetahui mengapa ibu dan bapa saudaranya datang ke sekolah.

“Apabila dia enggan bercerita, pelajar senior itu mengugut mahu memukulnya. Takut dengan ugutan itu dia pun bercerita tetapi pelajar senior itu masih tidak berpuas hati dan mempercayainya. Mereka menendang dan menumbuk pinggang anak saya, menampar muka serta pukul dada.

“Luluh hati saya ketika melihat badan anak penuh dengan kesan lebam. Tergamak mereka buat begitu hanya kerana tidak puas hati,” katanya.

Menurutnya, lebih memilukan hati apabila mulut anaknya ditutup dengan kain bagi mengelakkan warden mendengar jeritannya.

“Apabila Wirda menangis kesakitan, mereka menutup mulutnya dengan kain. Sebagai ibu, saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dia ketika itu.

“Saya sudah buat laporan di Balai Polis Setapak dan mendapatkan laporan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu. Doktor mengesahkan ada lebam di badan dan pinggangnya cedera.

“Sebenarnya anak saya dibuli sejak tingkatan satu lagi tetapi tidak seteruk ini. Kali ini, saya tak boleh berdiam diri. Laporan polis perlu dibuat demi keselamatan anak yang kini trauma,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Antara komen ntizen.

Tiger Mior Shaifudin – Hope perkara seumpama ini tidak lg berlaku..Kementerian kena buat saringan mmbuang pelajar yg buat bvli begini…di seluruh negara..bersihkan dari sifat bvli yg wujud.

Arrashid Harry – Pelajar2 yg membulï ni kalau terbukti bersalah elok hantar ke Sekolah HENRY GURNEY Teluk Mas, Melaka. Kat sana dia akan jumpa RAKAN2 yg SETARAF dengan mereka. Buku bertemu ruas.

Hasnul Hadi – Budak2 zaman skrg harus diberikan pelajaran dgn mnghantar terus kepusat pemulihan akhlak atau disuruh bermlm terus di penjara sbg pengajaran..jgn diberi muka terhadap kes2 sebegini..mkin melampau klo dibiarkn…

Roslan Rashid – Bùli di sekolah lagi.. pelajar perempuan pulak tu.. 8 pembùli mesti dihukum buang sekolah. Pengajaran kpd murid lain.

Rohaya Azlan – Ank perempuan saya hampir kena bûli kat sekolah, siap mesej ùgūt nak pūkul, kes nya tak puas hati ank saya rapat dngan kwan2 lain (ank saya baru pindah sekolah) saya dpat no fhon dia saya terus call, kebetulan Mak dia yg jawap saya warning siap2 kat mak dia, klau jadi apa2 kat ank saya ngan mak2 dia saya heret p balai, adik lelaki saya wassup budak tu cakap dah buat repot polis dan bg bukti ss ugùtan dia kat ank saya, alhamdulilah smpai skrang dia x berani nak buat ank saya, budak2 skrang kecik2 dah tunjuk samsēng.

Maznaz Cumaz– Tindakan yg bijak.. X prlu takut. Malaysia ada undang2.. Biar menjadi iktibar kpd pelajar2 yg lain.

Zaini Bahanun – Hati ibu mana yg x luluh bila tahu anak disakìti ..sdgkn kita menatang bgai minyak yg penuh ..pendpt saya..pembùli ni trdiri drpd murid2 yg mgalami pergolakan dlm jiwa mereka ..dgn myakīti org lain ..satu kepuasan dlm diri pembûli..kdg2 pembùlì ini dpan mak dn ayah mereka ..pijak semut tak mâti ..

Sumber : Detikberita

Kredit media ohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*