Anak Pelakon Lana Nordin Selamat

Anak kepada pelakon, Lana Nordin memanjat kesyukuran apabila anak keduanya yang baru berusia dua bulan, William Daud McKienzie telah selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara, sebentar tadi.

Makluman tersebut telah dibuat Lana dan suaminya, Daud Mckienzie menerusi Instagram Melodi TV3 sejam lalu.

Menerusi sedutan video ucapannya itu, Lana sambil ditemani suami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terus menyayangi dan mendoakan kesihatan anaknya yang mengidap masalah injap (Aortic Stenosis).

“Alhamdulillah tadi anak saya baru sahaja keluar dari bilik pembedahan dan anak saya selamat… alhamdulillah kerana doa-doa korang anak aku selamat.

“Doktor buat dapat rawatan yang sepatutnya. Apabila doktor keluar cakap anak you selamat buat prosedur tu. Terima kasih banyak-banyak pada mereka yang medoakan,” katanya sambil menitiskan air mata.

Pada sama sama, Lana turut memberi pesan kepada para ibu yang senasib dengannya.

“Ibu-ibu yang dekat sini teruskan berdoa, meski hati tengah kusut cakap berterabur. Saya berdoa bagi dia hidup dengan saya,” kongsinya.

“Kali ni kami berdua sambut berita ini. Alhamdulillah syukur. Saya tak sangka ramai rakan artis, pihak media, rakan-rakan, peminat yang mendoakan anak saya.

“Saya tak sangka…tak pernah uplod gambar anak saya tapi mereka saya anak saya. Terima kasih,” katanya dalam nada sebak.

Foto: Instagram Melodi, Lana Nordin

Sumber: Mediahiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*