Amyza Aznan Beritahu Mona ada menjemput ke majlis akad nikahnya

Perkongsian yang dibuat oleh Wan Nor Azlin menjawab tanda tanya mengenai perkahwinan Pekin Ibrahim dan Mona Allen. – Ihsan IG Wan Nor Azlin

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amyza Aznan, menjelaskan dia berani memuat naik ucapan tahniah kepada pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen, setelah melihat gambar dikongsi teman seperjuangan, Wan Nor Azlin.

Amyza ketika dihubungi BH Online berkata, dia turut menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada Mona yang menjemputnya ke majlis akad nikah mereka pada 1 Disember lalu.

“Pada mulanya, saya juga takut untuk membuat sebarang pengumuman di laman sosial, namun menukar fikiran apabila melihat perkongsian dibuat oleh Wan Nor Azlin. Dia berkongsi berita gembira itu di akaun miliknya dan ia membuatkan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada mereka.

Perkongsian yang dibuat oleh Wan Nor Azlin menjawab tanda tanya mengenai perkahwinan Pekin Ibrahim dan Mona Allen. – Ihsan IG Wan Nor Azlin
“Malah, saya juga menerima mesej daripada Mona yang menjemput saya ke majlis yang hanya dihadiri oleh teman rapat dan keluarga pada 1 Disember lalu. Majlis itu diadakan pada hari ini, sekitar jam 10.30 pagi tadi.

“Kami memang rapat kerana sembilan bulan berlakon bersama ketika menjayakan drama rantaian, Monalisa. Saya mendoakan kebahagiaan Mona dan Pekin,” katanya.

Perkongsian yang dibuat oleh Wan Nor Azlin menjawab tanda tanya mengenai perkahwinan Pekin Ibrahim dan Mona Allen. – Ihsan IG Wan Nor Azlin
Sebelum itu, Amyza menerusi akaun Instagramnya mendoakan agar perkahwinan kedua-dua pelakon terbabit berkekalan hingga ke akhir hayat.

Amyza mula rapat dengan Mona sewaktu membintangi drama Monalisa. – Ihsan IG Amyza
Sementara itu, usaha BH Online untuk menghubungi Pekin dan Mona sejak tengah hari tadi belum membuahkan hasil apabila masing-masing tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej yang dihantar.

Mona bagaimanapun sempat berkongsi di Instagram sebuah entri yang seakan-akan mengiyakan dirinya bakal melangkah ke alam perkahwinan, semalam.

Perkongsian oleh Mona Allen yang seakan-akan membayangkan dirinya bakal melangkah ke alam perkahwinan. – Ihsan IG Mona Allen

Terdahulu, gambar perkahwinan pasangan selebriti itu tersebar di laman sosial, dipercayai dirakam oleh keluarga atau rakan terdekat.

Pekin Ibrahim & Mona Allen Sudah Bernikah?

Pekin Ibrahim & Mona Allen Sudah Bernikah?

Hubungan rapat antara pelakon filem Mat Moto, Pekin Ibrahim bersama aktres drama bersiri Monalisa, Mona Allen bukan lagi rahsia.

Namun begitu, mereka tidak pernah mendedahkan sebarang tarikh atau memberi bayangan mereka bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri.

Sebentar tadi, Gempak mendapat kiriman beberapa keping foto dari peminat yang dikhabarkan menghadiri majlis pernikahan Pekin dan Mona.

Pertama, terdapat sekeping foto menunjukkan Pekin dan Mona yang memakai pakaian pengantin serba putih sedang duduk di meja makan beradab.

Foto kedua memaparkan papan tanda majlis pernikahan yang tertera nama Pekin dan Mona.

Selain itu, Gempak juga mendapat dua keping foto yang difahamkan diambil dari majlis berinai Mona.


Anggun mengenakan baju kurung cotton bunga merah, Mona mengenakan inai berwarna putih.

Hasil tinjauan di laman sosial Instagram, Gempak berjaya mengumpulkan beberapa keping foto yang menguatkan lagi khabar Pekin dan Mona sudah bernikah.

Jurusolek terkenal, Nad Ismail turut memuat naik foto Mona yang menyarungkan busana pengantin di laman Instagram miliknya.


Pelukis inai popular, Anna Bakry juga berkongsi foto tangan Mona yang mengenakan inai berwarna putih.

Akaun Instagram milik perunding perkahwinan WeddingsbyEmma juga berkongsi foto Mona sekitar majlis berinai.

Entri terbaru yang dimuat naik oleh Mona di laman Instagram juga seakan memberikan gambaran pelakon itu bakal memulakan perjalanan baru.

“Somewhere over the rainbow, skies are blue and the dream that you dare to dream really do come true #newbegginings #love,” tulis Mona.

Jika benar Pekin dan Mona sudah bernikah, jutaan tahniah Gempak ucapkan. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga hujung nyawa!

Sumber – BHONLINE VIA Beritahangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*