Aliff Syukri Telahpun Buat Laporan Dan Akan Saman RM10Juta

Disebabkan kaya dan punyai harta yang banyak, pengasas produk kecantikan terkenal Dato’ Aliff Syukri sememangnya terkenal dengan sifat pemurah. Namun ada pihak yang guna peluang ini untuk menipu atau scam orang ramai dengan menyamar sebagairakan kongsi Aliff Syukri.

Beliau menerima banyak aduan yang mengeluh ditipu walhal Aliff tidak tahu pun apa-apa tentangnya. Ternyata ada pihak yang guna namanya untuk perdaya orang ramai di luar sana.

Aliff Syukri telah pun membuat laporan polis mengenai hal ini dan dia akan saman syarikat-syarikat scammer yang di kenal pasti ini. Lawyernya akan saman syarikat syarikat scammer ni RM 10 JUTA.

Aliff mendakwa bahawa orang ramai menuduhnya sebagai scammer penipu setelah bank in ribuan ringgit. Aliff telah pun jelaskan bahawa orang ramai sebenarnya ditipu dengan mengunakan namanya dan businessnya hanya @as.legacymalaysia.

Aliff terasa tertekan akibat dikecam tentang tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Aliff Syukri Luahkan Rasa Tidak Puas Hatinya

Tolong jangan tertipu!!!! Saya punya bisnes hanya @as.legacymalaysia!!!! Banyak SCAMMER pakai MUKA & NAMA Saya untk CURI DUIT KORANG!!! Pls jgn terpedaya!! Dah RATUS RIBU duit orang scammer ni semua tipu orang!! Sekarang ni saya dah buat laporan polis dan lawyer saya akan saman syarikat syarikat scammer ni RM 10 JUTA!!! Tag orang yang dah kena tipu.

Saya ni dah cukup duit tak perlu nak mencuri la!! bisnes @as.legacymalaysia saya je dah buat income juta juta..

Cara Paling Mudah Kenal Pasti ‘Scammer’ Di Malaysia

Kes penipuan atau dikenali sebagai ‘scammer’ ini memang tidak akan berakhir kerana ada saja modus operandi terbaru digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jika anda fikir masalah membabitkan ‘scammer’ ini tidak serius, jumlah kerugian dialami mangsa sejak tahun lalu mencatatkan sebanyak RM113.11 juta mungkin mengubah tanggapan anda.

Jadi, adakah kita sebagai pengguna mempunyai pilihan atau langkah persediaan untuk membanteras kegiatan ini?

Berdasarkan perkongsian individu dengan akaun Koraro menerusi laman sesawang scam.my menghimpunkan segala makluman berkaitan ‘scammer’.
Anda hanya perlu masukkan nombor telefon, akaun bank dan beberapa maklumat tambahan.

Hanya klik pada ruang carian dan jika butiran yang dimasukkan itu dikesan sebagai ‘scammer’, segala maklumat mengenai pihak terbabit akan dinyatakan.

Bagaimanapun, nombor yang dimasukkan tidak semestinya tersenarai di dalam data laman sesawang berkenaan kerana hanya kes yang dilaporkan sebagai scam saja direkodkan.

Jika nombor dimasukkan tidak tersenarai, anda juga harus berhati-hati.

Berdasarkan laman sesawang tersebut, sebanyak 394 ‘scammer’ telah direkodkan. Setiap nama pihak terbabit turut disertakan jumlah kes yang telah dilaporkan oleh mangsa.

Selain itu, jenis dan nama platform yang digunakan oleh ‘scammer’ ini untuk memerangkap mangsa juga disertakan.

 

Kredit: kucinghitam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*