Aliff Syukri Mengenakan Bayaran RM1 Untuk Sesiapa Yang Ingin Bergambar Dengan Dia

Aliff Syukri sering membuat kejutan. Terbaru, beliau membuat pengumuman dimana dia akan mengenakan bayaran RM1 untuk bergambar dengannya. Tetapi semua ini ada sebabnya.

Ramai yang menyelar beliau pada awalnya tanpa mengetahui tujuan sebenar beliau lakukan semua ini.Rata-rata mengec4mnya kerana beliau merupakan usahawan yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak tetapi masih mahu mengenakan bayaran untuk orang yang nak bergambar dengannya.

Namun beliau lakukan kempen bergambar kena bayaran ini untuk mengumpul duit untuk diserahkan kepada insan yang kurang bernasib baik disekitar bukit bintang.

Rupanya memang ada niat murni ingin mengurangkan beban mereka. Difahamkan kutipan mencecah sebanyak RM 1 ribu. Semoga Tuhan merahmati beliau kerana amalan yang baik ini.

Video rakaman ketika menyerahkan wang kutipan hasil bergambar

AliffSyukri : besar erti nilai rm1 bagi org susah setuju tak??.. sy tak sanggup menjadi peminta minta utk bayar seri ggit bergambar dgn saya… tapi sy kuatkan diri utk allah.

korang tengok dgn rm1 kalau kita bersatu walaupun seringgit bila kumpul banyak-banyak lebih pada sorang kita dapat tolong… syukur semalam sy dpt kumpulkan lebih rm1k utk kempen bergambar dgn saya 1org seringgit seorg…Bukan seringgit yang patut korang pandang. Tapi pandang laaaa pahala kat akhirat nanti itu lg besar… bukan sbb nak bergambar dgn sy tpi rezki yg kita kongsikan… doakan semoga pahala yg dpt utk arwah abah saya dan saham akhirat saya .. kri syg abah.. .

kalau setuju boleh komen d bawah apa lagi patut saya buat utuk salurkan duit hasil rm1 utk bergambar dgn saya dan bisnes sy @as.legacymalaysia komen paling bernas sy akan buat lagi utk membantu next plan..utk sy bantu .. siapa patut saya bantu lagi??

Mahligai Aliff Syukri tersenarai dalam portal hartanah mewah antarabangsa

SEBUAH portal hartanah mewah yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Home of The Rich memaparkan mahligai Datuk Seri Aliff Syukri di laman Instagram rasminya pada Rabu.

Instagram @homeoftherich itu memuat naik dua gambar kediaman mewah jutawan kosmetik itu yang menunjukkan Aliff Syukri berdiri di depan gerbang masuk utama dan sebuah lagi gambar beliau di tangga di bahagian dalam rumahnya.

Portal yang mempunyai lebih 273,000 pengikut di laman Instagram tersebut memaparkan gambar-gambar kediaman mewah dari seluruh dunia untuk dijadikan sebagai inspirasi.

Bagaimanapun, terdapat netizen yang tidak berpuas hati dengan posting tersebut dan mendakwa kekayaan yang dipamerkan Aliff Syukri diwarisi daripada ibu bapanya.

“Dia gemar menunjuk-nunjuk kekayaannya yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dan ditangkap oleh polis kerana mengelak bayaran cukai jalan,” tulis @nick_leesy.

Bagaimanapun, pengguna akaun @guns_and_bullet mempertahankan usahawan berkenaan dan berkata: “Tidak. Kekayaannya bukanlah diwarisi daripada ibu bapanya kerana bapa beliau adalah seorang pengawal keselamatan.”

Jutawan berusia 31 tahun itu membina Aliff Syukri Palace yang mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal di Kota Damansara meraih perhatian media pada April lalu.

Kos pembinaan rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu bagaimanapun tidak didedahkan oleh beliau.

Kredit: Kucinghitamm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*