Aliff Syukri Luah Hasratnya Ingin Berubah Dan Mahu Bertaubat

Kita sedia maklum bahawa usahawan terkenal Dato’ Alif Syukri kini sedang berada di hospital kerana masalah kesihatan yang dihidapinya kini.

Ramai rakan-rakan yang datang melawat termasuk, penceramah dan pendakwah Ebit Liew turut hadir memberi semangat kepada usahawan itu.

Dia menangis seronok saya datang tengok dia

Menerusi video yang dimuat naik Ustaz Ebit di IG, memaparkan detik pertemuannya bersama usahawan itu nyata mengundang rasa pilu.

Pendakwah menyatakna melalui perkongsiannya, kedatangannya disambut baik usahawan tersebut yang jelas gembira dan terharu malah sempat meluahkan rasa sedih dihatinya yang mahu mendekatkan diri dengan Allah.

Sebak bila ziarah Dato @aliffsyukriterlajaklaris di hospital. Banyak yang diluahkan betapa kerinduan pada Allah dan nak lebih dekat pada Allah. Baik sangat orangnya. Dia menangis seronok saya datang.

Katanya rindu pada arwah ayahnya sangat. Rindu nasihat ayahnya selalu pesan supaya dekat pada Allah. Rendah diri orangnya asyik mengaku diri jahat dan kurang jer sebenarnya dato baik jer. Katanya lagi seolah-olah, terdengar arwah ayahnya kata.

Syukur kau wahai anakku berkawan dengan ustaz. Syukur anakku ustaz ini ziarah kamu. Dengarlah nasihatnya. Tak sabar saya nak jumpa ustaz. Sempat saya baca doa Nabi saw ajarkan bila ziarah orang sakit segera Allah sembuhkan.

“Saya jahil ustaz, dah jauh sangat menyimpang,” - Aliff Syukri luah hasrat mahu bertaubat

Katanya ustaz saya bernazar berniat nak ikut ustaz berdakwah dan belajar dengan ustaz. Nak belajar mengaji nak datang keluargasunnah nanti. Buat dakwah macam ustaz. Sedih pulak dengar. Saya asyik fikir mati jer ustaz. Ingat mati jer.

Ya Allah. Risau nanti dekat akhirat apalah saya nak bawa. Beliau menangis. Teringin nak jadi sebahagian dakwah ustaz. Bantu ramai orang katanya.

Saya kata padanya dato dah jadi usahawan Islam berjaya. Saya pohon doa dato buat saya juga. Ayuh sama-sama kita dekatkan diri pada Allah. Allahu beliau rindu arwah ayah. Saya rindu arwah mak.ya Allah.

Asyik sebak menangis jer. Tak tahan dengar luahan hati yang sangat ikhlas tanpa rakaman. Allahuakbar. Walau baru kali kedua berjumpa rasa sangat mesra dan rapat. Bila peluk terasa sayang kerana Allah.

Pelukan lama dan kami sama-sama menangis cerita keadaan iman kita dan tanggungjawab agama atas bahu kita. Semoga Dato dan @shahidadherbs dan anak-anak bahagia sampai syurga jadi asbab hidayah. Semoga Allah berkati dan terima semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah – ebitlew

Sebak saya, dia rindu sangat arwah ayahnya

Baru sahaja kehilangan ayah tercinta, jelas Ustaz Ebit usahawa itu masih lagi dihambat kerinduan yang teramat kepada arwahnya sehinggakan terngiang-ngiang pesan arwah kepadanya.

“Saya jahil ustaz, dah jauh sangat menyimpang,” - Aliff Syukri luah hasrat mahu bertaubat

Dia kata dia jahat, risau akhirat apa amal nak bawa

Walaupun ramai yang mengatakan Dato’ Aliff suka memperlihatkan kekayaan di media sosial, namun menurut pendakwah semasa pertemua mereka, usahawan kerap lagi merasakan dirinya serba kekurangan.

“Saya jahil ustaz, dah jauh sangat menyimpang,” - Aliff Syukri luah hasrat mahu bertaubat

Dato’ Aliff bernazar mahu ikut dakwah

Malah, usahawan itu juga sempat menyatakan hasratnya kepada Ustaz Ebit untuk bernazar dengan menyertai kerja dakwah yang diusahakan penceramah dan pendawah bebas tersebut.

Video Rakaman Penuh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber dari Oh My Media /theklasik

Kredit: KakiHavoc/kucinghitamm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*