Akibat Ganggu Isteri Seorang Peninju Professional

Cari pasal dan tempah bala. Mungkin itu perkataan tepat bagi menggambarkan kisah ini.Tular sebuah video apabila sekumpulan samseng yang mengganggu isteri seorang peninju profesional akhirnya tahu langit tinggi ke rendah apabila dibelasah beramai-ramai dalam tempoh singkat.

Berdasarkan video rakaman CCTV yang kini viral, Nicolai Vlasenko, 29, seorang peninju dan pakar seni mempertahankan diri dilihat ‘mengajar’ sekumpulan samseng di luar sebuah kelab malam di Rusia selepas cuba menarik isterinya masuk ke bilik VIP ketika dia ke tandas.

Sejurus kembalinya Nicolai dari tandas, dia terperanjat melihat aksi samseng ini dan cuba berunding supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut tetapi permintaannya bukan sahaja ditolak malah diajak ‘berbincang’ di luar.

Seorang saksi memberi keterangan , Leonti Yevdokimov, 33 berkata beberapa orang samseng mulai mencabar Nikolai dan mengajak beliau keluar, lalu dipersetujui oleh Nicolai. Lucunya, baru sahaja salah seorang samseng menyerang Nicolai, dia telah ditumbuk tepat di rahang sehingga KO.

Kemudian datang seorang lagi penyerang kedua cuba membalas, tetapi dia juga dijatuhkan dengan mudah.

Seorang lagi saksi, Eldar Vinogradoff, 27, berkata, “Mereka keluar dalam bilangan yang ramai. Terdapat sekurang-kurangnya 10 orang diketuai oleh dua samseng yang menyangka mereka ‘cukup besar’.“ Salah seorang daripada mereka membuka baju dan mula menakut-nakutkan peninju itu, tapi saya tak fikir dia tahu apa yang berlaku apabila sekelip mata rebah.”

“ Lelaki kedua cuba untuk menendang peninju itu dan dia juga jatuh serta-merta. Kemudian lelaki ketiga menyerang, dan dia hampir jatuh lepas terima tiga tumbukan di kepala.”Selepas itu hli geng yang lain kemudiannya, tidak lagi berani menyerang setelah melihat apa yang berlaku.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: bazookapenaka via videoviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Talam keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*