Akhirnya Teka-teki Tas tangan mewah jenama apa yang bakal di bawa Datin Seri Rosmah Terjawab

PUTRAJAYA – Teka-teki beg tangan mewah jenama apa yang bakal dibimbit bekas wanita pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terjawab.

Beg tangan jenama Versace Vanitas Demetra merah dilihat dibimbit seorang wanita yang dipercayai pengiringnya berjalan dibelakangnya memasuki pintu utama lobi bangunan ini.

Hasil carian di internet, harga tas itu dianggarkan bernilai US$700 (RM2,781)

Rosmah yang tiba kira-kira jam 10.43 pagi, mengenakan baju kurung biru corak rose lengkap berselendang dan sedondon dengan sepatu merah.

Isu tas tangan mewah yang bakal dibawa Rosmah menjadi bualan di laman sosial susulan kontroversi rampasan 284 beg tangan yang masih hangat diperkatakan.

Rosmah tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan jenis Mercedes-Benz tanpa polis pengiring namun ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev warganegara Kazakhstan.

Bagaimanapun, mereka dilihat meninggalkan SPRM selepas setengah jam siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd berjalan.

Difahamkan sesi soal siasat Rosmah bersama pasukan penyiasat SPRM berlangsung tanpa ditemani sesiapa termasuk peguam.

Sebaliknya, peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent hanya menunggu di ruang kafeteria bangunan SPRM.

Kehadiran Rosmah Harini Di Iringi Bersama 2 Peguam Baru Dilantik Untuk Kes Siasatan Berhubung Dana SRC International Sdn Bhd.

Rosmah hadir siasatan skandal SRC International
Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.45 pagi.

Rosmah turut diiringi anak perempuan beliau Nooryana Najwa Najib, menantu lelakinya Daniyar Keesibayev dan barisan peguam.

Beliau hadir untuk memberi keterangan dan bagi membantu siasatan berhubung kes membabitkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Perkembangan hari ini adalah susulan sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta pada Jumaat lepas untuk menghantar notis meminta anggota Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sejak awal pagi, media tempatan dan antarabangsa berada di pekarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.

SRC International merupakan anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Rosmah lantik peguam baru temani ketika siasatan SPRM

Isteri kepada bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melantik sebuah pasukan peguam baru bagi menemani beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam kanan, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent akan mengiringi Rosmah ke SPRM.

“Ya saya dan Geethan mewakili Rosmah tetapi bukan (Datuk Seri) Najib (Razak),” kata Kumaraendran ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain bekas pendakwa raya kanan, Datuk Yusof Zainal Abiden dan peguam kanan M Puravalen dikatakan menarik diri daripada mewakili pasangan itu atas persetujuan bersama.

Puravalen dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini berkata:

“Saya dan Yusof telah berhenti daripada mewakili Najib, saya juga telah menarik diri daripada mewakili Rosmah,” katanya.

Sekiranya benar, ini adalah kali kedua peguam Najib dan Rosmah telah menarik diri daripada mewakili pasangan itu.

Sebelum ini, peguam Harpal Singh muncul dan memberikan keterangan sebagai sebahagian daripada kumpulan peguam ketika polis melakukan siasatan.

Yusof dan Puravalen mewakili Najib ketika bekas presiden Umno itu disoal siasat SPRM. Hingga kini masih belum dapat dipastikan siapa akan mewakili Njaib dalam siasatan polis dan SPRM.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/428307

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/428313

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*