Aeril Zafrel Gigih Berkain Batik Bini Menari Hindustan

Memang ramai yang menyukai pasangan suami isteri Wawa Zainal dan Aeril Zafril.

Keletah mereka suami isteri serta dua orang cahaya mata mereka sering menjadi perhatian di media sosial.

Mereka tidak kisah berkongsi sedikit cerita tentang kehidupan harian mereka bersama peminat di sosial media. Malah gurauan dan usik mengusik mereka sangat menghiburkan.

Terbaru pelakon Wawa Zainal telah memuat naik satu video ketika Aeril sedang menari lagu hindustan sambil dia memakai kain batik Wawa.

“kain batik aku jugak yg dia bedal,”tulisnya.

Bukan main seronok lagi Aeril menari walaupun berkain batik Wawa.

Lantas, netizen telah memberi komen kerana terhibur melihat gelagat pasangan ini didalam video tersebut kerana sangat kelakar.

Asfarina_najib pakai kain batik bini pon hensem hahahah

t.anyraxaryn Hahaha.. Comel

Bukan sahaja kelakar, netizen juga turut merasakan pasangan ini sangat comel.

Alahai, sakan ya apabila Aeril menari lagu Hindustan sambil memakai kain batik si isteri. Bukan main sweet lagi mereka ni.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Ahmad Fakhruddin Attar, 5 tahun dan Hayla Maghfiratul Adzkiyya , 3 tahun.

Video : Instagram Wawa Zainal

kredit: MH via gempak & geng joyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*