Penyanyi era 80-an Datuk Salwa Abd Rahman Lihat Penampilan terbaru beliau yg sungguh menerujakan

Nama penyanyi era 80-an, Datuk Salwa Abd Rahman, bukanlah asing dalam industri seni. Walaupun zaman kegemilangannya sudah lama berlalu, namun namanya tidak luput ditelan zaman. Lebih tertumpu kepada genre irama Malaysia dan dangdut, Salwa menganggap dunia nyanyian sudah sebati dalam diri. Hampir 30 tahun berkecimpung sebagai anak seni, Salwa, 46, masih mendapat undangan persembahan dari pelbagai pihak.

“Alhamdulillah, saya masih lagi dijemput untuk membuat persembahan di serata tempat. Cuma, dalam bulan Ramadan, selalunya saya akan menyertai majlis kebajikan seperti menghiburkan anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan insan yang kurang bernasib baik.

“Saya juga dilantik sebagai duta produk kecantikan, DeMechinta, sejak sebulan lalu. Saya telah tandatangani kontrak selama setahun,” katanya yang menerima Darjah Kebesaran Datuk Pangeran daripada Sultan Borneo, pada Mac 2009.

Pernah ditentang keluarga

BERCERITA mengenai penglibatan awal dalam industri, Salwa memberitahu hasratnya untuk bergelar anak seni pernah ditentang keluarga.

Bukan itu sahaja, dia dilarang keras menyertai sebarang pertandingan ketika di bangku sekolah. “Ibu saya memang tak bagi saya jadi penyanyi walaupun dulu dia pernah terlibat dalam seni suara. Lagipun, keluarga saya lebih mementingkan pelajaran. Jadi, bila tamat persekolahan, saya mula menyanyi. Pada tahun 1985, saya  menjuarai pertandingan, Bintang Pujaan Radio RTM Johor Bahru (JB).

“Saya bernasib baik kerana pada tahun yang sama, produksi daripada Singapura melamar saya untuk merakam album pertama, Liku Hidupku,” katanya yang mula berhijrah ke ibu kota pada tahun 1986.Ketika di ibu kota, Salwa banyak dibantu oleh penyanyi, Azizul Khamis. Bukan sahaja dalam bidang seni, malah Azizul turut membantunya dalam banyak perkara.

Menurut Salwa, hampir setiap tahun, dia diberi peluang untuk menghasilkan album. Sehingga kini, dia memiliki lebih 15 album termasuk, Cubit Cubit Sayang, Satu Dua Kau, Bergelek Dangdut, Lahirku Wanita, dan Mulus.

Dituduh liar

LUMRAH sebagai selebriti, kontroversi dan gosip yang melanda tidak pernah surut. Begitu juga dengan Salwa. Walaupun bersedia untuk menghadapi kontroversi di awal pembabitan, namun jiwa muda ketika itu tidak mampu menanggung segala perit.

Malah Salwa kesal apabila pernah dituduh berkelakuan liar. “Gosip itu mula bertebaran di tahun 1986. Setelah berita tersiar di dada akhbar, kesihatan bapa mula terganggu. Dia kena serangan jantung akibat kisah panas itu dan  akhirnya meninggal dunia.

Saya sangat terkilan kerana gosip sebegitu telah membuatkan saya kehilangan orang tersayang. “Saya sendiri tidak tahu mana mereka dapat cerita sebegitu. Sehingga di saat akhir bapa saya, perkara itu masih menghantui,” kata isteri Subardron Abdul Aziz ini.

Beraya di JB

MEMILIH kampung halaman, Johor Bahru (JB), sebagai lokasi beraya setiap tahun, Salwa tidak melepaskan peluang berkumpul bersama adik-beradik dan sanak saudaranya.

Walaupun telah kehilangan kedua orang tua sejak beberapa tahun lalu, namun mereka tetap memilih rumah peninggalan itu sebagai lokasi beraya. “Kami akan berkumpul di rumah itu sehari sebelum raya. Kami akan mengemas  rumah dan menyediakan juadah di malam raya. Kami memilih kampung kerana suasananya lebih meriah berbanding di kota,” katanya.

Bertanya mengenai perbezaan sambutan hari raya dulu dan kini, Salwa mengakui sukar melupakan kenangan ketika kecil dahulu. “Masa kecil dulu, lebih meriah dan terasa bahangnya. Mak saya jenis yang suka menghias rumah di malam raya. Bila semua anak-anak dah tidur, dia akan mengemas dan pasang langsir baru. Bila kami bangun esok, suasana rumah berbeza. Jadi, kemeriahan jelas terasa. “Selain itu, mak juga akan buat biskut dan kuih sendiri. Tapi, mak paling pantang kalau kami main mercun terutamanya mercun buluh.

“Walaupun kami hanya tengok, tapi dia tetap melarang. Saya pernah kena pukul sebab tengok orang main mercun,” katanya sambil ketawa.

Penyanyi Era 80-an Salwa Abdul Rahman Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Penyanyi yang popular dengan lagu Satu Dua Kau pada era 80-an, Salwa Abdul Rahman mengesahkan beliau sudah mula berhijab sepenuhnya pada 4 Oktober lali. Menurut Salwa, beliau mula mempunyai niat untuk berhijrah selepas satu hari ternampak kalimah Allah terbentuk di langit.

 

Dua tahun lalu Kak Wa terlihat kalimah Allah di langit ketika hantar anak ke sekolah.  Suami Kak Wa dengan anak-anak pun nampak.  Sempat Kak Wa rakamkan cuma Kak Wa tak upload sahaja video tu.   Tak mahu nanti orang kata Kak Wa macam-macam. Kak Wa menangis dan pelbagai perasaan timbul bila lihat kalimah tersebut.  Balik rumah, Kak Wa solat hajat, solat taubat, menangis sahaja.  Dalam fikiran mungkin ada sesuatu Tuhan nak tunjukkan pada aku  Tapi Kak Wa belum bersedia, belum kuat lagi, namun rasa sangat bersalah.

Selepas itu, Kak Wa ada tanya pada orang-orang sekeliling, kawan-kawan,  katanya memang Tuhan nak tunjukkan sesuatu kepada kita.  Mungkin supaya kita tingkatkan amal ibadat dahulu sebelum berhijab.  Dalam masa yang sama Kak Wa selalu berdoa supaya diberi kekuatan dan seruan untuk cepat berhijab.

Seminggu sebelum beliau berhijab sepenuhnya, Salwa sudah mula menunjukkan perubahan positif, belia selalu sahaja ingin berpuasa dan tidak lagi meninggalkan solat.  Bermula daripada itu, beliau terlintas dalam hati bahawa sudah tiba masanya untuk beliau berhijrah ke arah lebih baik.

Kemudian bila kawan baik, Rohana Jalil pergi Mekah, Den Wahab dengan isteri dia pun pergi Mekah, Kak Wa cuma minta mereka doakan supaya Kak Wa menerima seruan dan kekuatan hati untuk segera berhijab.  Memang Kak Wa suka nampak rambut cantik tapi terfikir lagi cantik depan orang, tak cantik depan Allah. Alhamdulilah, berkat doa-doa sahabat di Mekah, akhirnya pada hari lahir suami dan anak Kak Wa pada 4 Oktober lalu, Kak Wa memberi hadiah kepada mereka dengan mengatakan yang Kak Wa akan bertudung. Sayu sangat suasana ketika itu.  Alhamdulilah kini Kak Wa benar-benar yakin, benar-benar sudah bersedia dan lebih tenang.

Alhamdullilah, akhirnya Salwa Abdul Rahman sudah diberikan hidayah untuk berubah menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik. Kami doakan perubahan Salwa ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Media Hiburan via beritahangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*