Unik Nama Anak Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila

Genap tujuh hari selepas kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Sharnaaz Ahmad
dan isterinya, Noor Nabila telah berkongsi nama permata hati mereka.

Menerusi muat naik status di laman Instagram milik Sharnaaz, dia mengumumkan nama anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

“Hai Assalamualaikum dengan lafaz Bismlah dan penuh kesyukuran.. Berkat rahmat Allah yang maha kuasa..

“Dengan ini saya memperkenalkan anak kesayangan kami bernama Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad @jebatjayden,” tulis Sharnaaz.

Antara Koment Peminat

  • azmariena78wow cantik nama jebat jayden ahmad cute baby jebat Tahniah Shahnaz & Nabila😍😍😍
  • azim_14395Teringat ayda jebat 😘
  • dyanadanial79Hi..waalaikumussalam baby Jebat😍😍😍😘😘😘
  • ieza83Assalamualaikum Jebat💋hero hensem
  • sitinurhazirahhhhOMG! jebat hahahahah tetiba lak teringat BKATC😭😭😭😭❤️
  • aidiloffAde rupe @sharnaazahmad comel

Nabila juga berkongsi klip video yang memaparkan kenangan sepanjang hari kelahiran anaknya melalui Instastory.

“A video on the day my little king was born.

“Subscribe to @atishakhan! Link in her bio. Thank you adikku for this,” tulis Nabila.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen teruja dengan keunikan nama anak sulung Sharnaaz dan Nabila.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu.

Sumber: Instagram Sharnaaz & Nabila

Sumber : Astro Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*