Dikatakan Terima Layanan Istimewa Sebab “Payung Besar”, KP Daerah Dang Wangi Tampil BeriPenjelasan Knapa Ahli Perniagaan TidakDigari Dan Tak Pakai BajuLokap

Kuala Lumpur: P0lis menafikan memberi layanan istimewa kepada ahli perniagaan didakwa memvvkul dua pengawal peribadi kerana berpuasa.

Ketua P0lis Daerah DangWangi Asisten K0misioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, p0lis semalam terkesan artikel memaparkan gambar susp3k tanpa gari diiringi anggota yang bertugas ke mahkamah.

“Suspek bukanlah dalam tahanan p0lis ketika dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk tujuan pertuduhan. Susp33k sudah diberi jamin p0lis sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Maka p0lis tidak boleh menangkap semula dan menggari suspek atas kesalahan yang sama hanya semata-mata untuk tujuan dibawa ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu termaktub dalam Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu tiada siapa yang boleh ditangkap atas kesalahan sama.

Mengulas mengenai suspek tidak memakai baju l0kap pula, Mohamad Zainal menjelaskan pihaknya mematuhi prosedur ditetapkan dalam Perintah Tetap Ketua P0lis Negara A118 iaitu apabila banduan dibawa ke mahkamah hendaklah memakai pakaian dipakai semasa ditahan melainkan pakaian itu dijadikan barang kes.

Pukul pengawal peribadi: polis rampas 100 jongkong emas – PN BBC PORTAL

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak memanipulasi isu berkenaan sehingga boleh menyebabkan salah faham, kekeliruan dan memberi gambaran tidak tepat sehingga menjejaskan reputasi serta imej p0lis.

Jumaat lalu, media melaporkan, ahli perniagaan yang sebelum ini didakwa memukul dan mengugut dua pengawal peribadinya dengan menggunakan pist00l, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Chung Chee Yang, 43, yang hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja-T biru dan seluar putih, didakwa atas empat pertuduhan mencederakan kedua-dua mangsa yang kini bekas pekerjanya.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik saja empat pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhamad Fared Abdul Latif.

Sumber:HMETRO

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You! Xièxiè! Na??i!!!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*