Saifuddin Bagi Alasan PH Tak Letak Calon PRK DUN Chini Sekali Jadi Bahan Warganet

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di Pahang, yang akan diadakan pada 4 Julai depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat berikutan kerisauan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wab4ak COVI1D-19.

Jelasnya, PKR juga berpandangan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diumumkan berkaitan perjalanan PRK itu, akan memberi kesan pada cara berkempen dan gerak kerja yang penting dalam pilihan raya.

“PKR berpandangan SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.

“Contohnya, larangan lebih daripada 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti, dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara lain yang penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihan raya.

“Maka, mengambil kira perkara itu, PKR dan Majlis Presiden PH bersetuju PKR tidak akan meletakkan calon bagi PRK DUN Chini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Reaksi netizan

Sebelum ini, SPR mengumumkan PRK DUN Chini akan diadakan pada 4 Julai, manakala hari penamaan calon pada 20 Jun, dan pengundian awal pada 30 Jun depan, dengan kos keseluruhan PRK itu dianggarkan berjumlah RM4.3 juta.

SPR turut mencadangkan beberapa SOP kepada Kementerian Kesihatan (KKM), antaranya mengehadkan 400 orang bagi setiap saluran berbanding 600 orang sebelum ini dan menyarankan masa keluar mengundi dalam kad pengundi.

Manakala kempen pilihan raya tertakluk kepada perintah semasa kerajaan.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub menyarankan agar Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dianggotai PKR, tidak meletakkan calon.

Mustapha berkata ini kerana PH tidak mampu untuk menandingi kekuatan gabungan BN dan PAS, selain Chini telah sekian lama menjadi kubu kuat BN.

PAS pula sebelum ini telah mengumumkan tidak akan meletakkan calon di PRK itu dan akan menyokong calon Perikatan Nasional (BN), gabungan baru yang dianggotai BN.

Khalid Samad cadang masuk bertanding
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini mencadangkan PH bertanding demi “mempertahakan prinsip”.

Menurut Khalid, adalah menjadi tanggungjawab PH membawa mesej kepada rakyat untuk mewujudkan pentadbiran bersih dan bebas rasuah menerusi setiap pilihan raya termasuk PRK Chini.

Umno, PAS jangka PRU15 dalam masa terdekat – Sumber
Ketika Pakatan Harapan (PH) galak menyebut mengenai pertukaran semula kerajaan, Muafakat Nasional pula rancak memperkemaskan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menurut sumber parti itu, di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur malam kelmarin berlangsung mesyuarat jawatankuasa perundingan Muafakat Nasional bagi membincangkan agenda PRU15.

Jelas sumber, Muafakat Nasional yang terdiri daripada Umno dan PAS menjangkakan PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat berikutan kemelut politik negara yang tidak berkesudahan.

“Mesyuarat malam tadi membincangkan persiapan PRU15 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

“PRU15 dijangka akan diadakan selepas hal-hal berbangkit dalam PN dan Bersatu diselesaikan,” katanya kepada Malaysiakini.

Spekulasi PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat tercetus apabila Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat partinya telah bersedia menghadapi PRU.

Kenyataan itu dibuat Zahid di laman sosial Facebooknya selepas menerima kunjungan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Menariknya, kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah spekulasi akan berlaku semula perubahan kerajaan serta krisis politik membabitkan kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad.

Menjelaskan perkara itu, Najib berkata PRU15 adalah jalan terakhir bagi mengembalikan kestabilan politik negara jika PH terus mengugat kerajaan PN.

Jelas Najib, sokongan Umno BN kepada PN juga telah dizahirkan sehingga PRU15.

Mahathir, bersama PH dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pula mendakwa mempunyai angka mencukupi untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negara yang kini dikuasai PN.

Kemelut dalaman Bersatu menyaksikan Mahathir serta anaknya yang juga bekas timbalan presiden Bersatu, Mukhriz serta tiga pemimpin lain iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik dan Amirudin Hamzah disingkirkan daripada parti itu.

Bagaimanapun mereka mendakwa pengguguran sebagai ahli Bersatu itu tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan parti.

Kredit :MB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*