Akhirnya Rantaian Jangkitan Kini Hampir Putus Di Malaysia

Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah ialah seorang pakar bedah dan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2013. Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia. Beliau paling dikenali sebagai Kapten yang mengetuai Malaysia dalam memerangi pandemik COVlD-19 di Malaysia.

Perkembangan semasa kes COVlD-19, menyaksikan Malaysia hampir berjaya memutuskan rantaian jangk1itan wab4k itu yang dikesan menyusup masuk ke negara ini pada Januari lalu.

Menaruh keyakinan sedemikian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan jumlah kes positif yang semakin menyusut, selain tiada kematian direkodkan untuk hari kelapan berturut-turut.

“Menerusi saringan yang kita jalankan juga mendapati kebanyakan keputusan adalah negatif atau hampir 95 peratus ketika ini, manakala positif adalah tidak ramai berbanding dulu.

“Ia tampak seperti kita hampir boleh putuskan rantaian jangkitan COVlD-19 ini, mungkin kita hanya perlukan sedikit masa saja lagi,” katanya pada sidang media harian COVlD-19, di sini, hari ini.

Malaysia mencatatkan 30 lagi kes Covld19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,762 kes.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baru itu terdiri daripada tiga kes import dan 27 kes jangkitan tempatan.

Jelas Noor Hisham, daripada 27 jangkitan tempatan, 17 kes melibatkan warga asing dan 10 kes melibatkan warga tempatan.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covld-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.

Sementara itu, 95 lagi pulih dari jangkitan Covld-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 6,330 atau 81.55 peratus daripada keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covld-19 di Malaysia ialah 1,317.

Alhamdulillah semoga kita mampu memutuskan rantaian ini. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.

Kredit : MV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*