Menteri Agama Jenguk PusatKuarantin Tanya Khabar Tak Kira Bangsa Menarik Perhatian Ramai

Sejak berlangsungnya Perintah kawalan Pergerakkan (PKP), individu yang hidup bergelandangan telah di ambil peduli. Mereka dikumpulkan dan ditempatkan dipusat-pusat kuarantin bagi mengelakkan penularan lebih banyak.

Susulan daripada itu, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri telah pun datang ke pusat kuarantin tersebut bagi menyantuni golongan gelandangan ini.

Dalam perkongsian beliau di Facebook, Dr Zul memaklumkan bahawa kunjungannya adalah untuk menziarahi frontliner dan individu yang tempatkan di situ. Lebih menarik lagi, beliau membahasakan para gelandangan ini dengan panggilan lebih lembut iaitu ‘rakan jalanan’.

Lengkap berpakaian PPE, beliau dilihat bertanya khabar dan menziarahi setiap pembahagi yang menempatkan gelandangan.


Terharu dengan sikap ambil berat Datuk

Susulan daripada perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet dilihat memuji tindakan yang dilakukan oleh menteri Agama tersebut.

Hal ini kerana sikap yang ditunjukkan memberi gambaran positif berkenaan kepimpinannya yang prihatin terhadap semua bangsa tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Muslim sahaja.

Terima kasih Datuk jalankan tugas dengan baik

Semoga gelandangan mendapat pekerjaan selepas PKP

Terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terbabit sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan. Dr Zulkifli dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.

Terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya supaya mentahnikkan bayi yang baru lahir.

Sumber : Datuk Dr. Zulkifli Al Bakri

Kredit: hmtpress.allnws.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*