Reaksi Amyza Aznan Setelah Zarina Anjoulie Ingin Samann

Sebelum ini, peguam yang mewakili Zarina iaitu Nurul Hafidzah Hassan berkata, surut tuntutan kepada Amyza dan Emelda dihantar secara berasingan pada Rabu.Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen-komen berbaur fitnah mengenai dirinya di Telegram dan Instagram.

Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ianya palsu dan dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi anak guam kami. Kedua-dua individu tersebut menerbitkan tuduhan palsu dan fitnah mengenai anak guam.Zarina digambarkan sebagai seorang individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden ini. Mereka tidak mempunyai sokongan fakta ketika berulang kali menuduh dan menerbitkan hantaran dan komen yang merujuk kepadanyaBanyak komen dikeluarkan oleh mereka berdua yang memalukan Zarina Anjoulie melalui penyebutan nama (name calling) dan perbuatan memalukan badan (body shaming),” kata peguam Zarina.

Nampaknya kemelut antara Zarina Anjoulie dan Amyza Aznan makin panas apabila pelakon sensasi itu atau lebih mesra dipanggil Anju menuntut pampasan sebanyak RM3 juta. Namun, Amyza Tetap tenang meskipun dihujani dengan komen netizen mengenai isu saman itu.Di Insta Story, Amyza memuat naik mesej daripada peminatnya yang memberikan tetap kata-kata semangat kepadanya. Bagaimanapun, ada juga komen berbaur sindiran dilemparkan terhadap pelakon itu.

Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan tindakan Anju melantik peguam tetapi mendakwa ‘menggunakan duit orang’ bagi tujuan kerja amal. Dalam pada itu ada netizen mendakwa Anju sendiri yang membuka aibnya sendiri tetapi akhirnya dia yang menfailkan saman.

Terdahulu, Zarina menuntut Amyza Aznan dan Emelda Rosemil membuat permohonan maaf serta pampasan sebanyak RM4 juta susulan kedua-dua pelakon itu didakwa menjatuhkan reputasinya di Telegram dan Instagram.

Difahamkan, Zarina menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza dan RM1 juta daripada Emelda. Zarina juga memohon kedua-dua individu tersebut untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentul tulisan mengenai dirinya.

Tiada yang mulia dan tiada yang hina. Yang membezakan mereka hanyalah ketakwaan. Islam mengajar umatnya mengamalkan ajaran ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan ukhwaniah yang utuh. Islam membahagikan penyatuan umah ini kepada beberapa institusi yang meliputi konsep rumah tangga, ikatan kekeluargaan, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai dan tetamu. Semua konsep ini bernaung di bawah satu panji iaitu Islam adalah agama yang meningkatkan hubungan manusia sesama manusia. Jika panduan hidup yang dicadangkan oleh agama Islam dilaksanakan secara konprehensif dan telus, Insya-Allah perpaduan antara masyarakat Islam yang pernah wujud pada zaman nabi dan sahabat boleh dijelmakan semula. Insy-Allah.

Kredit:RotiKaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*