Genap Tujuh Hari Adib Dan Izara Aishah Kongsi Wajah Anak Sulong Mereka

Pada Rabu lalu, pelakon filem Kau Yang Satu itu selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama seberat 2.9 kilogram. Berita baik itu dikongsikan sendiri oleh ibu Adib iaitu Datin Seri Tengku Zawyah menerusi Instastory.

Hari ini genap hari ketujuh kelahiran anak kepada pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid. Mereka akhirnya mengumumkan nama bayi sulung mereka.

Adib berkongsi nama anak sulungnya itu menerusi Instagram. Menerusi Instagram, Adib berkongsi foto wajah terkini anak perempuanya itu berserta nama yang dipilih iaitu Irisa Alaia.

“Sekarang kami bertiga… Alhamdulillah syukur, puteri kami Irisa Alaia Muhammad Adib lahir pada 15 April lalu, salah satu momen paling menggembirakan dan tidak dapat dilupakan bagi saya dan Izara.

“Selamat datang ke dunia Alaia, hati saya teruja ketika mendengar tentang kamu dan sekarang di sini bersama kami. Bapa dan ibu sangat gembira dan meletakkan sepenuh cinta terhadapmu.

“Semoga menjadi anak yang diberkati dan mampu menggembirakan semua disekelilingmu, menjadi anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

Dalam pada itu, Adib turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan k3sejahteraan mereka sekeluarga.

“Terima kasih atas semua doa dan sokongan… kami sangat hargai setiap ucapan yang baik-baik itu dan kami berharap dapat berjumpa semua orang secepat mungkin!

“Semoga jumpa nanti, jaga diri dan ini beberapa foto keluarga yang ingin kami kongsikan dengan semua orang,” katanya.

Anak tiri kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkahwin dengan Izara pada 17 November 2017.

Rata-rata pengikut Adib memberi kata-kata tahniah pada mereka sekeluarga termasuk rakan artis.

lisasurihani She’s precious, beautiful. May she be blessed with everflowing grace and Barakah. Love you already Irisa. Much love, Tisha.

ninaismailsabri She’s gorgeous. Congrats guys!

jmandagie Little precious. Congrats to both of you!

jizanlykl Comelnyaaa

putrinorizah Congrats @adib_khalid & Izara! Beautiful baby with a beautiful name. Semoga membesar jadi anak Solehah.. amiin..

missfazura MasyaAllah cuteeeee sangattt!!! Congratulations Adib and Icha sayang! Aunty Faz is so in love with Irisa already!

Sumber: mstar via LepatPisang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*