Luahan Ayda Jebat Mengenai JatuhBangkit Memberi Inspirasi Ramai

Sebut sahaja Ayda Jebat, pasti ramai yang mengenali penyanyi kecil molek ini. Lebih mesra membahasakan dirinya adik, Ayda adalah seorang yang periang dan peramah. Meski pun ia belum secara profesional, namun mungkin ramai tidak tahu bahawa bintang asal Melaka ini pernah menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9).

Bagaimanapun, dia tidak berjaya lolos ke peringkat seterusnya kerana tersingkir pada fasa awal program.

“Okay sebab dekat twitter ramai tanya ‘Betul ke Ayda Jebat dari AF?’ ‘Awal sangat ke dia terkeluar sebab taktau pun dia masuk AF?

“Yes. Akademi Fantasia 9, tahun 2011. Dikeluarkan dari AF9 sebab perform macam baru keluar dari toilet, biasa biasa, tah pape.

“Dulu bila keluar lagu Menuju Puncak, confirm rasa nak terkencing, takut terkeluar. Tapi ternyata apa yang Allah atur tu tepat. Yang pasti buat kamu pasti untuk kamu. Jangan berhenti usaha.

“Biar terkeluar dan kalah awal, Dari bawah kita belajar dan kekal, Tanpa disangkal. Love, AJ,” tulisnya memberikan kata semangat.

Lalu sejak itulah, Ayda mulai menongkah arus bergelar anak seni yang dikenali seperti hari ini.

Betul tu, jangan pernah mengalah atau putus asa. Gagal sekali tidak bererti yang kita akan gagal pada hari-hari berikutnya. Sesuatu yang mudah dicapai pasti tidak akan berkekalan, namun tidak sekiranya kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita mahu. Sudah pasti hasilnya pasti berbaloi dan berkekalan.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*